Gelombang Radio
Gelombang Radio
Gelombang radio adalah
satu jenis sinaran elektromagnet dengan panjang gelombang dalam spektrum elektromagnet yang lebih panjang daripada cahaya inframerah. Gelombang
radio mempunyai frekuensi setinggi
300 GHz dan serendah 3 hertz, walaupun terdapat pentakrifan bahawa gelombang melebihi 1
atau 3 GHz dilayakkan sebagai gelombang mikro, atau termasuk
gelombang apa-apa frekuensi yang lebih rendah. Panjang gelombang yang diukur
pada 300 GHz ialah 1 mm (0.039 in) dan 100km (62 batu) [ada 3 kHz .
Gelombang ini bergerak pada kelajuan cahaya sepertimana
gelombang elektromagnet yang lain. Gelombang radio dihasilkan secara semulajadi
oleh kilat atau melalui objek astronomi.
Gelombang radio yang dijana secara buatan digunakan
untuk komunikasi radio tetap dan mudah
alih, penyiaran, radar dan
sistem navigasi yag lain, satelit komunikasi, rangkaian komputer dan aplikasi
lain yang sebagainya. Gelombang ini dihasilkan oleh pemancar radio dan diterima
oleh penerima radio. Gelombang-gelombang radio mempunyai ciri penyampaian di
atmosfera Bumi bergantung kepada frekuensi yang berbeza; panjang gelombang
boleh membias sekitar halangan seperti gunung dan mengikuti kontur bumi
(gelombang tanah), gelombang yang lebih pendek boleh terpantul daripada ionosfera dan kembali ke bumi di luar
ufuk (gelombang langit), manakala panjang gelombang yang lebih pendek
membengkok atau membias dengan sangat sedikitnya dan bergerak di atas garis
penglihatan, oleh itu jarak penyampaian gelombang terhad kepada ufuk
penglihatan.
Janaan buatan dan kegunaan gelombang radio dikawal
ketat mengikut undang-undang yang diselaraskan oleh sebuah badan antarabangsa
iaitu Kesatuan
Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) bertujuan mencegah gangguan
antara pengguna yang berbeda. Badan tersebut mentakrifkan gelombang radio
sebagai "gelombang
elektromagnet berfrekuensi sewenang-wenang lebih rendah daripada 3
000 GHz, dibiakkan di ruang tanpa buatan panduan".[1] Spektrum radio dibahagikan kepada
beberapa jalur berdasarkan
frekuensi yang diperuntukkan untuk pelbagai kegunaan berbeda.
Komentar
Posting Komentar